TEMPAHAN BAJU RAYA 2011 MASIH DIBUKA DAN DITERIMA..CEPAT TEMPAH SEBELUM KUOTA PENUH!!!
  • Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia

    KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim berlari selepas menjaringkan gol kedua pasukan negara ketika menentang Taiwan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Perbandaran Taipeh malam ini. Malaysia mara ke peringkat kedua dengan peraturan gol di tempat lawan walaupun tewas 2-3 apabila agregat terikat 4-4. - Foto Roslin Mat Tahir

  • Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

    Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara.

  • Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26,juara Imam Muda musim kedua (IM2)

    MOHD Hassan (kiri) dinobatkan Imam Muda Musim Kedua di Pusat Islam, Kuala Lumpur, malam tadi. Naib juara, Nazarul Izwan. - Foto Mohd Kamil Rahim

  • Promosi 2011

    Skim Pinjaman Khas untuk Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun tahun 2011,Payout 100%,Kelulusan 4-5 hari!!,Blacklist atau CTOST boleh LULUS!

Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia

Posted by My on Sunday, July 03, 2011

Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.

Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia pusingan kedua akan berlangsung pada 23 Julai ini antara Malaysia vs Singapura.

Diharapkan skuad Dato' K.Rajagobal dapat memperbaiki bahagian pertahanan dan serangan terutamanya gandingan penyerang yg kurang mantap dan berbahaya kepada pertahanan lawan.

Cinta Kampus

Posted by My on Sunday, July 03, 2011

ISU jodoh tidak pernah selesai, baik yang sudah berumur mahupun mereka yang baru bertatih dalam hidup - masing-masing berhasrat menentukan perjalanan jodohnya. Namun, persoalannya, adakah sesuai golongan mahasiswa yang masih belajar, ditanggung ibu bapa dan belum tentu masa depannya mula merencanakan perjalanan pencarian jodoh sebaik menjejakkan kaki di menara gading?
BERJAYA...alangkah manisnya apabila jodoh diselarikan dengan ilmu yang akhirnya boleh melonjakkan lagi pencapaian dalam pengajian. - Gambar hiasan
BERJAYA...alangkah manisnya apabila jodoh diselarikan dengan ilmu yang
akhirnya boleh melonjakkan lagi pencapaian dalam pengajian. - Gambar hiasan

Alasan takut tidak 'laku', 'saham sedang menjulang', selain 'dia boleh menjadi sumber inspirasi' diberikan semata - mata mahu meyakinkan masyarakat bahawa pencarian jodoh di menara gading tidak salah mahupun boleh dipertikaikan. Lebih hebat hujahnya apabila menyatakan pencarian ilmu serta perencanaan jodoh perlu berjalan seiring bagi mencari pasangan sealiran untuk memupuk persefahaman awal sebelum melangkah alam kerjaya.

Bagaimanapun, lain pula persepsi masyarakat yang menganggap menara gading tempat menimba ilmu demi masa depan manakala soal mencari jodoh ditangguhkan dulu sebelum menggenggam segulung ijazah. Percanggahan pendapat keduanya sekali gus mewujudkan konflik serta mengundang persoalan sama ada hujah itu boleh diterima atau sebaliknya.

Kaunselor Berdaftar, Seksyen Kaunseling Pelajar, Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata pencarian jodoh di kalangan mahasiswa sudah lama wujud, justeru, bukan janggal jika tradisi berkenaan masih berlangsung pada zaman ini.

Beliau berkata, tidak salah mereka memulakan langkah mencari jodoh asalkan tidak mengganggu atau merosakkan matlamat asal menjejak kaki di menara gading.

"Tidak perlu mempertikaikan tindakan ini kerana budaya mencari jodoh di kampus bukan baru, malah universiti lokasi 'strategik' bagi memulakan hubungan kerana ada ramai bakal pasangan baru yang sealiran.


"Apabila tradisi itu diteruskan masa kini, ia tidak janggal dan masih boleh diterima apatah menjadi hak individu bagaimana mahu merencanakan perjalanan masa depannya. Asalkan perlakuan itu tidak melanggar norma masyarakat, tiada salahnya.

"Apa yang menjadi masalah, apabila mahasiswa menjadi alpa dan lupa diri, mula memasang angan-angan menjangkau kemampuan hingga menggelapkan masa depan hingga gagal dalam pengajian.


"Senario itu yang paling banyak terjadi hingga meragut kepercayaan masyarakat hingga timbul tanggapan belum tiba masanya golongan terbabit mencari jodoh di kampus," katanya.

Meskipun ketentuan jodoh boleh berlaku di mana-mana, kampus dianggap tempat paling sinonim untuk memulakan langkah pertama mencari pasangan sehati sejiwa kerana pelbagai faktor, antaranya kekerapan bertemu boleh membuahkan persefahaman.

Tidak menolak faktor itu, Siti Fatimah berkata di kampus banyak asas pengalaman dan ilmu baru mengenai selok-belok perhubungan antara pasangan berlawanan gender boleh dipelajari, diperhati dan difahami. Apatah lagi, langkah menjadi semakin panjang kerana 'bebas' daripada kongkongan ibu bapa selain memasuki alam baru lebih terbuka sesuai dengan peralihan usia kanak - kanak ke remaja.

"Dengan kawalan 'longgar', mempunyai ramai teman sealiran yang sentiasa bercerita, momokan indah dan sebagainya, sudah pasti mudah terpesona dan menganggap hidup 'berpasangan' lebih indah. Di situlah hasrat membina angan-angan dan impian menjadi lebih mengebu - gebu.


"Terpengaruh pula dengan pandangan skeptikal menyatakan mahasiswa terutama wanita sukar mendapat jodoh bila sudah berkerjaya, hasrat itu ingin direalisasikan dalam tempoh pengajian.

"Bagi mereka, tiada salahnya belajar dan pada masa sama merencana masa depan dengan membuat perancangan mencari jodoh. Peluang sudah ada di depan mata, rugi jika melepaskannya tanpa mencuba meskipun risiko dipertaruhkan juga cukup besar," katanya.

Meskipun senario berkenaan normal, masyarakat melihat situasi itu lebih membawa kerumitan apatah lagi jika mahasiswa gagal menilai dan tidak mampu fokus kepada tuntutan akademik atau peribadi sekali gus.

Akibatnya, banyak masalah timbul dengan kesan terburuk terbabit masalah sosial atau gagal pengajian. Siti Fatimah berkata setiap tindak-tanduk dilakukan tanpa pertimbangan rasional pasti akan mewujudkan impak sebaliknya yang bukan saja akan menjurus seseorang kepada kekecewaan, malah hilang fokus dalam hidup.

"Teguran atau kebimbangan masyarakat adalah kerana mereka sering melihat bagaimana sukarnya mahasiswa bergelut dengan kegagalan jika hubungan dijalin bermasalah atau terputus.

"Jika mahasiswa tahu membawa diri dan meletakkan keutamaan di tempat betul, mungkin tentangan diterima hanya sedikit. Masalahnya golongan terbabit tidak mencerminkan kebenaran sebab itu masyarakat mempertikaikannya," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mencari jodoh di kampus disebabkan takut bakal digelar andalusia, beliau berkata terpulang individu terbabit mentafsirkannya.

"Pencarian jodoh di menara gading ada sebabnya, mungkin kerana sekufu, pengaruh persekitaran, keinginan dan sebagainya juga disebabkan takut memegang status andalusia kerana taksub pada pekerjaan.

"Ia sukar diberi jawapan tepat namun ditekankan mencari jodoh di kampus bukan jaminan ia mampu berkekalan hingga jinjang pelamin. Pergaulan lebih luas di alam pekerjaan juga boleh menjadi penyumbang keretakan hubungan.

"Hakikatnya, soal jodoh sangat subjektif kerana tidak boleh ditentukan biarpun boleh dirancang. Dengan kata lain, biarpun kita menyediakan diri dengan pencarian jodoh itu, bukan ketentuan diri yang merealisasikannya, jadi perlu bijak membuat pertimbangan," katanya.

Kongsi Entri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...