TEMPAHAN BAJU RAYA 2011 MASIH DIBUKA DAN DITERIMA..CEPAT TEMPAH SEBELUM KUOTA PENUH!!!

LUAR NEGARA

Posted by My on Saturday, June 18, 2011

Tentera Filipina juga ke Spratly

MANILA: Filipina semalam menghantar kapal tentera lautnya ke perairan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian berikutan ketegangan dengan Beijing mengenai tuntutan bertindih kedua negara terbabit di Kepulauan Spratly. Bagaimanapun, jurucakap jabatan pertahanan, Eduardo Batac menegaskan bahawa penghantaran itu adalah tugasan rutin dan tidak mempunyai kaitan dengan pengumuman oleh China bahawa satu kapal maritim rondaan lautnya lalu kawasan terbabit.

Kapal terdampar akibat tsunami cuba dipindah ke laut

KESENNUMA (Jepun): Usaha bermula untuk menghantar lebih sedozen kapal yang terdampar dekat kediaman penduduk di bandar Kesennuma selepas dihanyutkan tsunami Jepun pada Mac lalu dengan kipas dan bahagian perutnya jelas dilihat, kembali berlabuh di laut.

Amerika Syarikat buru Ayman sama seperti Osama

WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata, pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, boleh menjangkakan nasibnya akan sama seperti dialami Osama bin Laden. 

Empat askar Thai ditembak mati di pasar Pattani

PATTANI: Kumpulan pemisah Islam disyaki membunuh empat anggota tentera dalam satu serbuan di pasar yang sesak di wilayah selatan Pattani sebelum melarikan diri menaiki trak pikap bersama raifal M-16 yang dirampas daripada mangsa, kata polis, semalam.

Ketua kartel El Brad Pitt ditahan

MEXICO CITY: Polis persekutuan Mexico, semalam mengumumkan menahan ketua kanan penjenayah yang dikaitkan dengan kartel dadah Juarez yang dikenali sebagai ‘El Brad Pitt’.

0 comments:

Post a Comment

Kongsi Entri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...