TEMPAHAN BAJU RAYA 2011 MASIH DIBUKA DAN DITERIMA..CEPAT TEMPAH SEBELUM KUOTA PENUH!!!

DALAM NEGERI

Posted by My on Saturday, June 18, 2011

‘Penggodam sudah dikenal pasti’

KUALA LUMPUR: Penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) tetap berkeras meneruskan perhimpunan besar-besaran di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini walaupun dinasihat membatalkan hasrat berkenaan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan.

Anak perempuan Najib bertunang

KUALA LUMPUR: Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev pada satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka selain kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Dua beradik maut digilis lori tangki

TAIPING: Kegembiraan seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengikut datuk mengambil kakaknya pulang dari sekolah berakhir dengan tragedi apabila dua beradik itu maut digilis sebuah lori tangki manakala datuknya cedera dalam kemalangan di Jalan Temerlok-Kuala Trong, dekat sini, petang kelmarin.

Qari Negeri Sembilan, qariah Johor juara

KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi. Johan tilawah masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadat haji. 

Yusof Haslam mohon maaf

KUALA LUMPUR: Demi menjernihkan keadaan dan memelihara perpaduan sesama Islam, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam memohon maaf kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) berhubung kontroversi penggunaan beberapa nama panggilan yang dikatakan sinonim dengan pertubuhan itu melalui filem aksi terbabit, baru-baru ini. 

0 comments:

Post a Comment

Kongsi Entri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...