TEMPAHAN BAJU RAYA 2011 MASIH DIBUKA DAN DITERIMA..CEPAT TEMPAH SEBELUM KUOTA PENUH!!!
Posted by My on Friday, June 17, 2011

Graduan belum kerja disaran sertai SL1M

PUTRAJAYA: Graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian harus merebut peluang menyertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang akan bermula Julai ini.

KPDNKK beku akaun 2 syarikat

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membekukan aset dan akaun dua syarikat serta beberapa pengarahnya berjumlah RM732,000 baru-baru ini kerana melakukan kesalahan cetak rompak.

2,000 mohon sertai Freedom Flotila II

KUALA LUMPUR: Konvoi Freedom Flotila II, misi kemanusiaan antarabangsa bagi memecahkan kepungan rejim zionis Israel ke atas perairan Gaza akhir bulan ini, menerima 2,000 permohonan daripada rakyat Malaysia yang ingin menyertai misi itu, termasuk pelajar sekolah semuda 16 tahun dan warga emas berusia 70 tahun.

Penganjur diberi amaran keras

KUALA LUMPUR: Penganjur dan peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) perlu bertanggungjawab atas sebarang kesan yang berlaku kepada negara dan impak perbuatan mereka kepada rakyat secara keseluruhan hasil perbuatan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Penggodam uji strategi: Pakar

KUALA LUMPUR: Pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berpendapat serangan terhadap laman web kerajaan sejak malam kelmarin, hanya strategi percubaan kumpulan penggodam terbabit sebelum mereka melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

Lima laman web milik kerajaan belum pulih

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima laman web milik kerajaan dikenal pasti masih belum pulih akibat digodam oleh sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous', yang melancarkan 'Operasi Malaysia' bagi menyerang sistem komputer kerajaan sejak kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Penggodam tempatan turut terbabit

KUALA LUMPUR: Selain daripada ancaman kumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anonymous’, ancaman dan serangan ke atas laman web milik kerajaan dan institusi lain dipercayai turut dilakukan penggodam tempatan yang menggelarkan diri mereka sebagai Rilekscrew dan Dragoon Force Malaysia, h3x4 crew dan seorang individu yang hanya dikenali sebagai Syam92x.

Pencerobohan web disiasat

KUALA LUMPUR: Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab termasuk pihak berkuasa keselamatan yang disyaki terbabit menggodam laman web kerajaan kerana tindakan itu memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi, teknologi dan keselamatan negara.

0 comments:

Post a Comment

Kongsi Entri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...