TAIPING: Kegembiraan seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengikut datuk mengambil kakaknya pulang dari sekolah berakhir dengan tragedi apabila dua beradik itu maut digilis sebuah lori tangki manakala datuknya cedera dalam kemalangan di Jalan Temerlok-Kuala Trong, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa, Mohd Azizi Abdul Rahim, 5, dan kakaknya, Norshafikah, 15, maut di tempat kejadian manakala datuknya, Mahmud Din, 75, dikejarkan ke Hospital Taiping, di sini untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mat Diah, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal bergesel dengan sebuah lori tangki di sebuah persimpangan.Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa, Mohd Azizi Abdul Rahim, 5, dan kakaknya, Norshafikah, 15, maut di tempat kejadian manakala datuknya, Mahmud Din, 75, dikejarkan ke Hospital Taiping, di sini untuk rawatan lanjut.
Yusof berkata, insiden itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa terjatuh di atas jalan dengan dua beradik terbabit terjatuh di bawah lori tangki sebelum digilis.
“Datuk dua beradik itu bernasib baik kerana terjatuh di sisi lori. Mangsa dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Nibung di Temerlok, lori dari arah Changkat Jering ke Pantai Remis,” katanya di sini, semalam.
Yusof berkata, mayat kedua-dua beradik terbabit dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan dituntut keluarganya malam tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nibung, dekat sini.
“Mahmud dirawat di hospital dan dilaporkan stabil. Manakala pemandu lori berusia 40-an yang ditahan sejurus selepas kejadian sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

0 comments:
Post a Comment