Lelaki mengaku tak salah, ikat jamin RM6,000
GEORGETOWN: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas melanggar mangsa dengan kuda ditunggangnya di pantai Batu Feringgi, dua minggu lalu.

Mohd Khairi Mohd Noor, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibaca di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.
Tertuduh berasal dari Alor Setar, Kedah didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Arina Kirana Azrin di tepi pantai belakang Hotel Park Royal, Batu Feringgi, jam 10.40 pagi 7 Jun lalu selepas melanggar mangsa dengan menunggang kuda secara gopoh atau cuai.
Jika sabit kesalahan, Mohd Khairi yang berbaju lokap warna ungu dan tidak diwakili peguam pada prosiding semalam, boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farhana Hashim memohon ikat jamin RM8,000 tetapi Mohd Khairi merayu wang jaminan dikurangkan sebelum mahkamah menetapkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan 8 Julai depan untuk sebutan kes.

0 comments:
Post a Comment