Menurut laporan di Itali hari ini, Presiden Inter Milan, Massimo Moratti sedang menimbang untuk menjual Wesley Sneijder – selepas dia enggan komited dengan kelab itu.
Sneijder berkata minggu lalu: "Saya sayangkan Inter sepenuh hati, namun hanya Tuhan tentukan di mana masa depan saya."
Menurut laporan di Itali, Morattu dikatakan kecewa dengan komen itu dan telah membayangkan dia bersedia membiarkan Sneijder pergi untuk £35 juta.
Dia berkata: "Ia sedih dengar komen seperti itu."
Menurut laporan terkini, perbelanjaan besar musim panas Manchester United telah dijana melalui wang Qatar – bermakna United akan mampu melawan sebarang persaingan dari Chelsea untuk tandatangan pemain kebangsaan Belanda itu.
0 comments:
Post a Comment