TEMPAHAN BAJU RAYA 2011 MASIH DIBUKA DAN DITERIMA..CEPAT TEMPAH SEBELUM KUOTA PENUH!!!

City sedia labur RM171j beli Modric

Posted by My on Saturday, June 18, 2011

MANCHESTER: Manchester City bersedia membuat tawaran bagi mendapat khidmat pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric selepas pengurus Spurs, Harry Redknapp menganggap tawaran Chelsea bernilai 22 juta (RM107.7 juta) mengarut.

Redknapp sependapat dengan pengerusinya, Daniel Levy dengan menegaskan pemain tengah Croatia itu tidak akan dijual. Namun media British difahamkan semalam perbincangan membabitkan pegawai tertinggi sudah berlangsung antara City dan Tottenham dengan bidaan 30 juta (RM146.9 juta) bakal diterima dari Eastlands.

Bagaimanapun ia mungkin masih belum mencukupi dengan tawaran balas Chelsea selain Manchester United yang turut dijangka mengemukakan tawaran. Ia mungkin mencecah 35 juta (RM171.4 juta) untuk membolehkan pemain berusia 25 tahun itu meninggalkan kelab utara London itu.


Sumber rapat dengan Modric percaya City dengan sumber kewangan kukuh akan melakukan sedaya mungkin untuk menghalangnya menyertai pesaing Liga Perdana yang lain.

Namun Redknapp berkata: “Luka bukan untuk dijual. Jika ada bidaan bernilai 22 juta (RM107.7 juta), ia mengarut. Ada pemain yang dijual dengan harga 20 juta (RM98 juta) namun tidak setaraf dengan Luka.” Pandangan Redknapp itu ada asas dengan pemain kurang berpengalaman, Jordan Henderson berpindah dari Sunderland ke Liverpool dengan harga 16 juta (RM78.4 juta).

Modric mempamerkan persembahan menakjubkan musim lalu dalam musim terbaiknya di Spurs dan Redknapp menjelaskan Chelsea mungkin tersilap menilai pemain itu dengan harga yang rendah.


Walaupun menjaringkan empat gol musim lalu, larian tanpa mengenal penat dan visi hebat adalah kelebihannya yang membantu Spurs mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Kongsi Entri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...